Assalamualaikum..kisah kat bawah ni ana tujukan khas buat sume..ana suka baca.. kisah ni..boleh muhasabah diri..so..kena la bc sampai abis....kisah benar ini di petik dr http://www.ukhuwah.com
Aku tinggalkan cintaku kerana Allah…
Salam..
untuk semua.. Saya terkejut kerana cerita saya, walaupun tergantung,mendapat sambutan yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu saya tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas yang menghambat, maka saya ambil keputusan untuk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yang sudi melihat tidakbosan dengan cerita saya.
Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri,apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah
saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah
agama lelaki berasrama penuh.Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan,bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-..santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan
senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana
dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan.Saya seorang yang amat kuat bersembang
dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya,tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu
yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali
dengan lebih dalam siapa
sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia
amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu,sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak
terrkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal
saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara
peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and
official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”
“Not a single phrase, nor a word.”
“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah,dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya...
Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya.Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari
kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
“It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir,tetapi dia tahu itulah yang terbaik buatkami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi
ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.Andai ada jodoh kamu berdua,insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam
keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang
berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah.Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang
akan jadi teman hidup saya nanti.Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir.Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah,sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur,sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya.Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.”
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
p/s : Renungkanlah diri kita.. apa yang kita jaga sebenarnya dalam hubungan kita dengan si dia.. bagaimana pula hubungan kita ngan Allah..semoga kisah ini dapat kita jadikan panduan..
wallahu'alam...
Sunday, March 20, 2011
Aku tinggalkan cintaku kerana Allah…
Friday, March 18, 2011
Sakitkan Lau Perasaan Dipendam???
Kawan-kawan saya kata,
tak paya nak pendam perasaan,
sal diri sendiri akan sakit,
tapi...... mereka suru hargai apa yang ada di depan mata..
tapi perasaan tu mana boleh di paksa.
tapi diri ini telah kecewa,
kata kawan tak perlu kecewa
kerana semua itu akan datang juga,
kita hanya tinggal berdoa dan terus berdoa..
tapi kekecewaan telah menjadi lumrah dalam kehidupan...
tapi beginikah rasanya memendam rasa,
sakit sunggu...
PERASAAN....
Tapi perasaan itu x kan sakit selamanya,
kerana kita harus percaya,
akan ada kebaikan Allah beri kepada kita...
mendung tak kan berpanjagan..
satu hari cahaya matahari kan bersinar jua...
Angap lah semua ini adalah tarbia dari Allah..
kita kena sabar menghadapinya...
sakit ini ku harap akan terubat jua...
sujud syukur ku kepada Allah,
kerana hanya kepada Nya aku dapat mengaduh dan memohon keampunan..
muda-mudahan Allah berikan keberkatan dalam hidup ku dan semua umatnya...
Amin...
Thursday, March 17, 2011
Bertua
HEm aku rasa bertua hadirnya seorang sahabat yang memahami ku, walaupun dalam sebuah perhubungan yang baru,. aku harap ia akan berkekalan hingga ke akhir hayat., kerana aku tidak sanggup lagi kehilangan seorang kawan. Usaha untuk mendekatkan diri kejalan Allah, menemukan kami, mungkin ini lah hikmah dalam semuah rancagan yang telah di diberikan oleh Allah.. Terima kasih YA ALLAH... Dalam ilmu MU, aku telah berjumpa dengan pelbagai dugaan, walaupun tekadang diri ini merasa tidak sanggup menaggung dugaan MU ini, tetapi di jalan MU la aku berjumpa dengan kawan-kawan yang menghormati aku dan meyayangi ku walaupun ukwah itu baru sahaja terjalin,. perasaan sayang terhadap umat Mu sungguh mulia, hinggah terjalin ikatan yang sangat erat.. Dengan diri ku yang kurang ilmu agama ini, sentiasa muhasaba diri sekiranya sedar diri ini melakukan kesilapan, kerana itulah jalan penenang untuk kehidupan ku ini,. Mendekati MU aku rasa tenang, dan sentiasa rasa dilindungi.. Aku rasa bersyukur dengan nikmat MU ini, kerana KAU beri juga aku hidaya, dan jalan untuk aku lebih mendalami ilmu MU. Kerana jalan Mu juga aku bertemu dengan seorang adik, yang sunggu penyayang, walaupun terkadang diri ini rasa susah untuk mendekatinya, tetapi persamaan kami yang sunggu banyak membuat aku sayang dengan dia, rasa rindu seorang kakak kepada adiknya sentiasa muncul sekiranya lama tidak berhubung, perasaan ini mungkin timbul kerana aku tidak perna merasa mempunyai seorang adik, kerana aku anak bungsu.. Jalan Mu sunggu indah, indah dengan segala rahmatMu,.. Aku berSYUKUR..
Tuesday, March 15, 2011
MUJAHIDAH ANSORULLAH: 'ANA' tidak layak untuk 'ANTA'
MUJAHIDAH ANSORULLAH: 'ANA' tidak layak untuk 'ANTA': "Ana sedar yang ana tidak sempurna, dari segi AGAMAnya, AKHLAKnya, dan juga diri ana sendiri. Ana hanya manusia biasa yang memiliki berjuta ..."
Merawat HATI....
Walau seremuk mana pun hati dilukai...
bentuklah ia semula...
dan serahkanlah pada Ilahi...
Bagaimana untuk merawat hati yang terluka??? Setiap hati yang terluka itu pasti mempunyai penyebabnya kepada kelukaan itu dan ia datang dalam pelbagai bentuk dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, di mana-mana sahaja dan oleh sesiapa sahaja.
Persoalannya, bagaimana kita hendak merawat hati kita sendiri bila terluka??? Bila mana waktu itu kita tidak berhasrat untuk meluahkan kelukaan itu kepada sesiapa...
Setiap apa pun yang berlaku, sama ada yang baik atau yang buruk, kesemuanya pasti datang silih berganti dalam hidup ini. Di waktu kita diuji dengan kekecewaan, di waktu itu lah kita dapat merasakan yang Allah itu benar-benar berbicara dengan kita. Hanya Allah sahaja yang boleh merawat hati manusia. Bila kita redha menerima ujian-Nya walau hanya sebesar zarah, pasti Allah akan memberi hadiah atas kesabaran kita. Kadang-kadang Allah mengirim hadiah untuk kita dengan begitu cepat sekali. Subhanallah.. MAHA SUCI ALLAH..
Islam adalah pegangan hidup terbaik untuk kita... tiada tandingannya...
Hati yang terluka andai di rawat seperti yang ISLAM ajarkan,sesungguhnya hidup tiada duka berpanjangan... Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan kita sendiri yang kena usaha utk mengubahnya... =)
kekecewaan berpanjangan tak bisa merubah apa-apa melainkan hanya akan menggoyahkan akidah... jadi serahlah hanya pada Allah kerana Dia Maha Tahu setiap sesuatu...
Muslim
:..:+Muslimah sejati..amiiiiin!...bntula daku wahai sahabat2ku, jgn biarkn ku t'sasar lalu t'sungkur di lembah kegelapan..hu3+:..:Wahai wanita muslimah yang jujur,wanita muslimah yang taat,wanita mukminah yang taat,jadilah seperti pohon kurma,yang jauh dari kejelekan dan tinggi tak terjangkau oleh kejahatan.Bila dilempar dengan batu, ia menggugurkan buahnya; sentiasa hijau,baik di musim dingin mahupun di musim panas;lagi banyak manfaatnya. Hiduplah di tempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna,yang mampu menjaga kehidupan dari hal yang dapat menjaga rasa malu.Ucapanmu adalah zikir,cara memandangmu adalah menarik pelajaran,dan diammu adalah berfikir. Manakala keadaanya sudah demikian,nescaya anda akan merasa bahagia dan senang.Selanjutnya, akan digelarkanlah bagi anda rasa simpati penduduk bumi kepada anda dan anda akan di hujani oleh pujian yang baik dan doa yang tulus dari semua makhluk. Allah akan menyingkapkan semua awan kesengsaraan yang selama ini menaung anda,menghilangkan rasa takut yang menghantui anda,dan menyingkirkan kekeruhan yang bertindih -tindih menghimpit anda.Tidurlah anda dengan iringan bacaan doa dari semua orang mukmin buat anda. Pada keadaan yang demikian,anda akan menyedari bahawa kebahagiaan bukanlah terdapat dalam daftar kekayaan dan timbunan harta-benda,bukan pula memakai perhiasan dan baju baru untuk memenuhi tuntutan penampilan,sebab ia berada dalam ketaatan terhadap Allah Yang Maha Terpuji
Luahan Hamba Mu
Senyum, Gelak, bersendah-sendah??? Dalam hati Ya Allah!!!!! hanya Kau yang tahu apa ada dalam hati ini, perasaan yang sangat tersiksa dengan perasaan yang terlalu mendalam!!!! aku tahu aku belum ada pegalam yang banyak dalam bercinta???? tapi Aku tahu apa makna sebenar cinta. Bagi aku sebuah cinta adalah anugera yang bermakna dalam sebuah kehidupan ini. setiap umat di dunia ini berharap mempunyai pasangan dalam hidup, seperti aku juga yang mengharapkan seorang hamba Allah yang memberi cintaNya kepada ku. ini lah sebuah perasaan manusia yang sukar untuk di hindari. sendah tawa, seseorang itu tidak bermakna tiada kedukaan di dalam hati, seperti dalam diri ini terselit perasaan hampa kepada apa yang diharapkan. Harapan yang sebelumnya tidak perna ada, tetapi dengan persahabatan muncul cerita cinta yang mungkin dia tiada siapa yang menyangka. Mungkin ini lah sebuah cobaan dalam hidup ku yang membuatkan diri ku ini sebagai hamba yang hina, mengharap sebuah cinta. tanpa berfikir sebuah cinta dari Allah yang sunggu agung dan tidak terkira.
Saturday, March 12, 2011
Teringat Aku
lonceng berbunyi menandakan waktu pulang... waktu ni aku baru form 1... jadi sekolah petang... balik jam 6.00pm... lama knknknknk.....semuah pelajar sentiasa menantikan waktu pulang...
termasuklah aku juga..hehhehehe... sentiasa menantikan waktu pulang, kerana teringatkan makanan dirumah mak masak...hahhahahah.... tapi waktu tu hujan baru lepas membasahi bumi... jadi keadaan tangga licin... hem syok2 jalan, ada lah pula kawan ni jatuh... hehhehhe.. la tak sedar diri ini tergelak melihat dia jatuh... tapi lepas gelak tu rasa kesian pula, rasa bersalah pun ada... hehehhea mesti dia malu jatuh dekat depan orang ramai... hehhehhe kesian dia... tapi nak buat macam na... lau dia perempuan kali aku tolong lah.. tapi dia lelaki..hahhahahah... tapi sebenarnya aku bukan nak cerita sal budak tu jatuh.. tapi....tapi aku nak cerita di sini lah aku jatuh juga.... hehhehehehe..... jatuh cinta pandang pertama... hem tak sangkah dalam awal umur 13 tahun le jatuh cinta.. hahhahah mungkin time ni sangka cinta-cinta monyet je kan... tapi sampai ke saat ini... hemmmm indah sungguh.... ok sambung balik cerita time tu.. aku ingat lagi kerana aku dan kawan ku ketawa sal budak tu terjatuh... ada lah pulak mamat seorang ni senyum gan aku... dui manisnya senyumannya... dalam fikiran ni terus tertanya-tanya... budak baru ke??? kelas mana??? cypa nama??? ALAmak!!!!!!! kenapa ni!!!!
Dari senyumannya menawan hati ku, terfikir sejenak diri ini masi muda untuk fikirkan semua itu....trasa kecewa ingin jak lupakan semua apa yang difikirkan, sifat remaja ku membuat aku sebegitu rupa, ingin bercinta, ingin mempunyai bf seperti kawan lain, tetapi semua itu tak akan perna bermula kerana sifat pemalu ku... setiap terserempak atau limpas kelas dia, aku akan tunduk kerana aku malu, tidak berani untuk menatap matanya, tidak berani untuk bercakap dengannya, bila berdepan mulut ni macam telah di kunci...
sebenarnya hinggah sekarang hanya dia yang berada di hati, hati sentiasa ingin kannya... tetapi kerana batas agama yang aku telah fahami, aku lupakan segalanya... aku hanya berteman dengannya, selama perkenalan kami aku sentiasa rasa sakit, sakit kerana cemburu..Dia perna rapat dengan salah satu kawan rapat ku disekolah, aku dengar mereka bercinta.. tapi aku buat macam biasa je.. sal aku tak mahu ada yang rasa bersalah kerana perasaan Ku ini... dalam masa khbar berita itu tersebar, aku cuba untuk lupakan dia, aku cuba untuk tidak mengharap... dengan harapan ku itu, aku kembali seperti biasa, tetapi aku masi berdebar apabila bertembung dengannya.. mungkin dia tidak perna perasan aku, tapi aku sentiasa memerhatikan dia.. walau pun hanya dari jarak yang jauh.. keadaan itu berterusan sehingga aku berada dalam tingkatan 4... tapi masa ting 4 dia telah pinda sekolah, keadaan telah berubah, aku dan dia jarang berhubung, mungkin sibuk dengan sekolah baru, aku yang sentiasa menanti merasa sepi, sepi dan sendiri,,... kerana tidak sanggup mengharap, aku beralih arah, aku mula menerima cinta orang lain dengan luahan, tetapi cinta itu tidak kekal, mungkin cinta berlandaskan ingin mencari hiburan sahaja, bukan kerana cinta Allah, kerana mencintai sesorang kerana Agama, dan Akhlak adalah kebaikan dan keperluan dalam sanubariku... kerana mencintai agamanya adalah nikmat yang mungkin sukar untuk di temui.. keadaan persahabatan kami bersambung ketika aku dalam ting 5.. lepas aku terpisah dari cinta yang mungkin malalaikan aku itu.. aku dengan dia kembali berkawan seperti biasa, kali ini hubungan kami semakin rapat, rapat sebagi teman dikala waktu sedih dan gembira. pada masa itu aku boleh menerima ya sebagai kawan kerana aku telah nekad tidak ingin bercinta lagi, kerana cinta telah merubah aku, oleh itu aku membuat keputusan untuk kembali seperti aku yang dulu, yang tidak memandang kepada cinta.. tapi dalam persahabat ku bersama dia, dalam jangka masa yang panjang, perasaan ku kembali, kembali berharap dengannya yang dulu sentiasa membuat aku sakit,. aku memendamnya selama kami berkawan, pasal aku tidak sanggup persahabatan kami akan berubah,... tapi memendam perasaan ini bukan suatu yang mudah, kerana persaan sentiasa berfikir, fikir akan dia yang belum tentu memikir kan apa yang ada di dalam jiwa ini, setelah tidak sanggup memendam perasaan kata-kata itu terkeluar melalui sms dengan mengatakan kepadanya " maaf kerana manjauhi diri mu, aku tidak sanggup akan kecewa suatu hari nati, jadi menjauhi diri mu mungkin jalan yang baik agar aku dapat berhenti berharap" tapi itu hanya sementara,. dalam masa 2 minggu sahaja, lepas tu hubungan kami kembali seperti biasa, mala semakin rapat, aku malu dengan dia kerana kata-kata dalam sms. tapi kerana aku berfikiran terbuka, aku lupakan, aku baut macam tak perna terjadi. tapi dalm hati ku sakit, sakit kerana sentiasa menanti luahannya, tetapi itu semua mimpi, mimpi yang tak mungkin terjadi. batas hubungan kami ini adalah Agama, aku berundur kerana agama, dengan majlis-majlis ilmu yang aku hadiri, sentiasa membawa aku kepada kesedaran, tetapi perasaan terkadang menghalang aku untuk melakukannya, keran tidak sampai hati untuk berhenti berhubung dengannya, kerana tidak sukar untuk hentikan perkara yang mungkin sentiasa kita harapkan dan nantikan. nanti kan telefonnya pada waktu malam, suaranya, nasihatnya, ketawanya, guraunya, semuanya tidak sanggup ku lakukan,. tetapi aku mesti terima hakikatnya, tapi sunggu pahit ku telan kerana bukan aku yang membuatnya, kerana telah lama ingin ku buat tapi parasaan sentiasa menghalang ku melakukan, tetapi apa bila dia yang membuat tindakan, aku merasa diri ini sangat hina, kerana tidak membuat tindakan dengan lebih awal. kini aku yang kecewa, kerana mungkin apabila aku yang mulakan, aku tidak akan merasa sakit seperti ini. tapi aku mesti terima segalanya dengan tabah, dan Doa ku sentiasa mengiringi pengharapan ku untuk memilikinya suatu hari nanti. kerana Dia adalah terbaik untuk ku, kerana dia aku menjadi diri ku yang sekarang. Ya Allah semoga Kau kabulkan segala doa ku... Amin....
kini pipih ku di basahi dengan air mata mengahrap dan air mata menyesal...
ku harap tiada penyesalan akan datang...
Wednesday, March 9, 2011
SALAHKU?
Akulah yang salah
Kau tersesat
Akulah yang salah
Kau kecewa
Akulah yang salah
Kau menderita
Akulah yang salah
Semuanya adalah salahku
Aku tidak menjadi “aku” yang terbaik padamu
duhai hati..
duhai akal..
yang dikurniakan TUHAN
yang dipenuhi seribu kenikmatan
yang harus ku syukuri
menggunakannya dijalan yang diredhai
tapi..
kenapa..
fikiran..perasaan..
terus dikuasai sesuatu
yang sejak dulu lagi
aku cuba lari..
lari jauh dari belenggu ini
sakit..
yang puncanya
dari kelemahan diri sendiri
terlalu pedih semua ini
andai ada yang mengerti
terus memberi
memberi masa pada diri sendiri
kerana aku sahaja
yang bisa memahami
situasi diri
dan juga ku tahu
TUHAN sentiasa ada
yang rindukan rayuan hambaNYA
kasihNYA tidak pernah mengecewakan
apatah lagi menyakitkan
tapi cintaNYA
mendamaikan
membahagiakan
dan aku
akan cuba untuk
menggapai indahnya
merasai cintaMU
dan hanya cintaMU dapat membaluti
luka-luka semalam
HANYA PADAMU TUHAN
Ketakutan
kalau kita saat ini sedang berada dalam situasi yang semua orang merasa tertekan, takut, dan bersedih? Misalnya dengan berbagai masalah yang tak kunjung selesai, dan berbagai penderitaan yang tak pernah berhenti. Dengan keadaan seperti ini, Allah berpesan, La Takhaf wa La Tahzan (jangan takut dan jangan bersedih).Namun, bisakah kita tidak takut dan tidak bersedih? Itu pasti bisa. Kerana kesedihan itu adalah sumber kebahagiaan kerana sesudah kesusahan akan muncul kemudahan, dan setelah ada kesedihan akan lahir kebahagiaan. Jadi, kenapa harus bersedih?
Salahkah ku mendambakan seorang serikandi,
Dan pasti ku mengharap yg setia disisi,
Teman kala ku kedukaan,
Memberikan daku cahaya sinari kehidupan,
lagu bicara cinta yang ku ubah puteri kepada 'serikandi'
salah kah aku seorang wanita yang medambahkan seorang serikandi!!!
aku manusia biasa yang mempunyai hati, dan perasaan untuk mencintai dan di cintai....
tetapi!!!!!!!!!!!!
kerana Agama Aku melupakan niat ku itu...
walaupun sebenarnya telah ada seorang pemuda yang mencuri hati....
Dia yang sentiasa menjadi teman suka dan duka ku...
kehadiran ya amat bermakna....
walaupun sebelumnya dia hanya atas nama SAHABAT...
perasaan yang muncul kerana kearkapan kami membuat aku
berharap agar suatu hari ada ruang untuk aku di hatinya.
perasaan yang aku pendam membuat aku terasa sakit,..
tetapi kerana dia Muncul membuat hidup ku berubah...
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
tetapi kerana dia juga diri ini sentiasa sedih memendam rasa...
memendam rasa yang belum pasti...
kerana diri ini sentiasa mengharap...
mengharap kan dia....
+++++++++++++
perhubungan kami sentiasa berubah..
berubah kerana aku!!!
aku yang kadang-kadang ingin menjauhkan diri pada nya....
kerana takut dengan kekecewaan....
kerana aku sedar perassan ini tidak akan perna terungkap...
tapi.... tapi.... tapi...
tapi aku salah, kerana aku tidak boleh memendamnya selama-lamanya...
dengan berterus terang aku menyampaikan segala yang terpendam dalam lubuk hati ini...
kerana aku tidak sanggup untuk menyimpanya...
itu la kelemahan aku...
iman ku tidak kuat untuk melawannya...
Ya Allah....
keluhan ku ini sangat perit....
titisan air mata ini kerana keinsafan kepada Mu...
Kerana aku sedar ini lah akibatnya, aku yang tidak mengikut batas pergaulan yang telah Kau tetapkan,
ini lah akibat kerana mencari kehidupan dunia...
Kini Aku faham batas pergaulan yang telah KAU tetapkan ada hikmah disebaliknya...
KAU tidak mahu ada perasaan yang terjalin sebelum akadnikkah terjadi...
kerana kesucian Cinta itu berada selepas lafaz akadnikkah yang telah KAU tetapkan kepada umat mu...
Tetapi Doa ku tidak Akan perna Putus, agar dia menjadi serikandi dalam kehidupan ku kelak...
Setiap perjumpaan wujudnya perpisahan
Pahit dan manis dijadikan kenangan
Semua adalah takdir kehidupan
Bersamalah saling bermaafan
Kerana kita semua insan biasa
Dari itu teruskan perjuangan
Ku juga ingin berpesan
Islam tetapkan dihadapan
Hanya itulah sebagai teman
Bekalan hari kemudian
Itulah keindahan Tuhan
Selagi kita berteman
Pahit dan manis dijadikan kenangan
Semua adalah takdir kehidupan
Bersamalah saling bermaafan
Kerana kita semua insan biasa
Dari itu teruskan perjuangan
Ku juga ingin berpesan
Islam tetapkan dihadapan
Hanya itulah sebagai teman
Bekalan hari kemudian
Itulah keindahan Tuhan
Selagi kita berteman
Ia setiap perjumpaan mesti ada perpisahan, tetapi naku berharap gar pepisahan ku dengan dia ada lah perpisahan kerana mencari keredaan Allah...
kerana aku sedar segalanya,
Agama menjadi panduan ku...
Amin...
Biar lah aku pagari diri ku dengan duri,
seperti mawar yang yang berduri,
dan rumput semalu yang menutup kelopaknya apa bila di sentuh...
Agar tidak muda di dekati oleh kumbang yang mugkin bileh merosakkan kehidupan ku..
Monday, March 7, 2011
Kehidupan
Assalammualaikum wbt
Seandai ada di antara kita,merasa tiada tempat mengadu cerita,kesenangan dan kepahitan,jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami.Marilah kita sama-sama merenungkan ayat ini...
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(2:186)
Petikan ayat di atas adalah satu antara beberapa ayat di dalam Al Quran yang meyarankan agar kita berdoa kepada ALLAH.
Sesungguhnya doa merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH.
Bersyukurlah kepdaNYA apabila hajat kita disampaikan,
Teruskanlah berdoa kepadaNYA dengan penuh pengharapan...dan mengharapkan petunjuk.
Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA
Allahu’alam
Seandai ada di antara kita,merasa tiada tempat mengadu cerita,kesenangan dan kepahitan,jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami.Marilah kita sama-sama merenungkan ayat ini...
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(2:186)
Petikan ayat di atas adalah satu antara beberapa ayat di dalam Al Quran yang meyarankan agar kita berdoa kepada ALLAH.
Sesungguhnya doa merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH.
Bersyukurlah kepdaNYA apabila hajat kita disampaikan,
Teruskanlah berdoa kepadaNYA dengan penuh pengharapan...dan mengharapkan petunjuk.
Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA
Allahu’alam
Subscribe to:
Posts (Atom)














